? ??????????????Kawasaki? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??5 Grabs Today. 4235 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ?????BFF? ????? ?? ???Rating: 4.0 (106 Ratings)??5 Grabs Today. 3547 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Abstract Glory? ????? ?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, May 21, 2010

~pilihan hatiku...ermm..~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Saturday, May 8, 2010

~Doaku padamu Ya Rabb..~


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang........



Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunjat sepertiga malam terakhirMu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu. Amin.








Hatimu Milik Siapa?

Saat kumerasakan diri ini memerlukan sesuatu
Ku akhirnya sedar bukan itu matlamatku
Saat jiwaku meronta menginginkannya cinta manusia menjadi milikku
Ku sebenarnya lupa itu bukannya matlamatku
Terbuai dalam kelambu cinta
Ku lupa pada yang Esa
Terbuai dalam lagu rindu
Aku sebenarnya semakin pilu
Keliru, sendu
Kerana cinta yang diharap belum pasti
Manusia yang digarap belum tentu mengerti
Maksud hati
Yang masih tersembunyi
Lalu kumatikan dengan igauan mimpi
Dek kerana cinta itu telah pergi
Mati…. Sendiri… tanpa disedari

Jiwa kosong ini berlagu lagi
Kali ini keroncongnya panjang
Gurindamnya berbunga
Qasidahnya baru bermula
Tidak terkira harkatnya
Kini hatiku diketuk lagi
Kali ini iramanya luar biasa
Getarannya bersahut sahutan
Dek pandangan yang saling berlemparan
Lalai dalam ruang waktu aku terkedu
Hanyut dalam ruang masa aku terleka
wahai hati kau mulakanlah bicara
harus ku turut kati hati lalu mati?
Atau ku guna pancaindera lalu binasa?

Imanku berteriak
Nafsuku bergelora
Menerjah lautan taQwa
Merentas samudera qanaah
Menghacurkan tembok ikhtilat
Kadang – kadang ku rasa bersalah
Jarang – jarang ku rasa terseksa
Yang ada hanya gembira
Ceria
Bahagia
Walau diri diulit dosa yang tidak berkesudahan
Walau hati dinoda titik hitam
Walau jiwa hanyut dibuai angan
Aku masih di tapuk lama
Tidak mahu berganjak
Dek seronok dibuai rasa
Namun pedihnya masih terasa
Kerana cinta yang aku rasai
Pastinya belum pasti
Adakah mampu direalisasi
Atau kecundang akhinya nanti
Kelemasan dalam bisikan iman kalbuku terseksa
Sesak dalam rintihan syaitan aku terpedaya
Jangan menipu fitrah………..
batinku mendengarkan hikayatnya
jangan terpedaya rasa
hatiku mengorak bicara
sekali lagi aku keliru
pilu…..
lantas ku usaikan segalanya….
Dengan kebasahan wuduk aku berteleku
Merenung ruang waktu
Mengintai ruang masa
Ah….. terlalu banyak aku membuang masa
Memikir sesuatu yang tidak perlu
Mengharap sesuatu bukan pada masa……
Sayup – sayup azan melagukan rentaknya
Menyusup sayup ke dalam telinga
Menyentuh tangkai hati yang akhirnya berbicara
Inilah kemahuannya
Ketenangan yang abadi
Dengan cinta Rabbnya
Ingin menjadi Ashuq disisiNya
Menyantun rindu dalam ruang legar kekasihnya………

Wednesday, May 5, 2010

~Sakit itu Menggugurkan Dosa~


Bismillahirahmanirahim....

Dalam keadaan sakit, seseorang selain mengeluhkan penderitaan fizik, juga biasanya disertai guncangan jiwa. (macam yg aku rasa sekarang..huhu..)Kecemasan atau ketakutan ini dapat menyebabkan timbulnya stres psikis yang justru akan melemahkan respon daya tahan tubuh dan mempersulit proses penyembuhannya. Rasa putus asa pun menyergap karena tipisnya keimanan. Bagi mereka yang pendek akal, muncul keinginan untuk mengakhiri hidupnya. Menghadapi kondisi seperti ini, bimbingan ruhani sangat diperlukan agar jiwanya tidak terguncang dan menjadi lebih kuat. Hal tersebut akan membantu proses kesembuhanya...
teringatku  pada kisah tentang seorang wanita ahli syurga. Adalah wanita berkulit hitam yang pernah datang kepada Muhammad Saw. Waktu itu ia berkata, “Ya Rasulullah, saya mempunyai penyakit ayan, dan aurat saya terbuka kerenanya. Karena itu, mohonkanlah kepada Allah agar penyakit saya sembuh.”
Nabi Saw kemudian berkata, “Apabila kamu mau bersabar, maka kamu akan masuk surga. Namun, apabila kamu tetap meminta, maka saya pun akan berdoa kepada Allah agar engkau sembuh dari penyakitmu.”
Wanita itu menjawab, “Kalau begitu, saya akan bersabar.” Kemudian wanita itu berkata lagi, “Sesungguhnya aurat saya terbuka karenanya, mohonkanlah kepada Allah agar aurat saya tidak terbuka lagi.” Maka Nabi Saw pun berdoa untuknya agar auratnya tidak terbuka.
Betapa banyak orang yang tidak memahami kenapa ia harus sakit. Secara tidak sadar, ia menganggap penyakit yang dideritanya itu sebagai malapetaka yang dijatuhkan kepadanya. Tidak sedikit pula orang yang tatkala ditimpa penyakit menjadi putus asa, kehilangan pegangan, bahkan berburuk sangka kepada Sang Khaliq. Lalu timbul rasa tidak puas kepada-Nya. Dia merasa bahwa dengan sakitnya itu, Allah bersikap tidak adil padanya. Padahal boleh jadi dengan sakit itu, Allah hendak menguji keimanannya agar ia bersabar dan dosa-dosanya berguguran. ( Allah menguji keimananku kini..subhanallah)

“Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan, atau kesedihan, kecuali dengan itu Allah menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon menggugurkan daun-daunnya,” begitu sabda Nabi Saw.

 sakit itu nikmat..ya..nikmat.. kenapa aku mengatakan sakit itu nikmat? kerana setiap perkara terjadi pasti ada hikmah yang  terselindung di sebaliknya termasuklah  tragedi yg berlaku dalam hidupku  hari nie..semuanya menguji kesabaran n keimananku..Ya Allah ampunkanlah dosa2ku!...ku harap dengan rasa sakit yg diuji walaupun x sehebat ujian yg deterima oleh ayahku, sahabat2, dan saudara2ku di palestin mengajarku untuk lebih bersyukur dgn nikmat2 kurniaan Allah..sebab ini adalah salah satu menunjukkan yang Allah sayangkan aku..






~eMoSi~

Bismillahirahmanirahim...


Alhamdulillah dah selesai exam untuk kali..takut dengan result yang bakal diterima nanti..masyaAllah..baru exam dunia..belum lagi exam di sana nanti..kalau exam dunia nie, sanggup stay up slalu..macam mana plak persediaan utk exam kat sana..slalu ke stay up , wat revision...huhuuhu...muhasabah diri yg slama ini leka dgn kehidupan dan kesibukan duniawi..

"Ya Allah berilah kekuatan untuk hambamu ini istiqamah di dalam jalanMu.Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah.. tertambat kukuh hanya padaMU.. Aku mohon redha atas segenap keputusanMu kesejukan setelah matiku.. kenikmatan memandang wajahMu.. dan kerinduan untuk berjumpa denganMu.. "
tatkala ini emosi sedang bermain-main dlam diri..( emo nye dak nie!) ada perasan  yang berbaur-baur..sedih, gembira, rindu, takot, nak nangis pun ada...kenapa ya?? diri sendiri pun x dapat nak menghuraikan apa jenis perasaan yg ada skrg ini..


Salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.



``Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi 
oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.


``Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca 
mengapa wanita begitu mudah terdedah pada perubahan emosi,'' katanya.
Dr. Suraya memberitahu, emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka.Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.


`Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar 
dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita....

Nampaknya hormon dalam tubuh badan ku x normal rupanya... 


setiap penyakit ada penwarnya kan...hanya ini yg dapat menenangkan ati dan emosi ku ini...

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati dan emosi. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia"



Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
subhanallah wa bihamdihiMenurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]


Betapa indah dan hebatnya ciptaanNya.. Subhanallah..InsyaAllah..tenang hatiku dengan zikrullah..


Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. kadang-kadang kita perlukan emosi ini juga untuk muhasabah diri..baru bleh kenal pasti dimana silapnya dalam kehidupan seharian...(itu hanyalah pendapat diri..)


wallahualam....




Saturday, May 1, 2010

~sAhAbAt~

Pertemuan...telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan.
..
manalah takdir hendak dilawan
...semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan

yang telah bersama sama kita lalui
 
suka dan duka memburu impian
..
moga teguh..nya ikatan ini
..
sahabat...yang amat ku kasihi..(kasihi..)
susah senang kau disampingku
(di sampingku..)
kehadiran dikau disisi...
(sahabatku)..mengubat sepi dihatiku...
wahai sahabat sematkan semua kenangan 
yang telah bersama -sama kita lalui
 
suka dan duka memburu impian
...moga teguhnya ikatan ini...

sahabat...yang amat ku cintai
...(cintai..)
susah senag kau disampingku(di sampingku..)
walau kini hilang dimata
..(sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)
ooo...sahabat bertuahnya ku rasa 
mendapat teman sepetimu
 
membimbing menasihatiku
...
hanya satu dlm beribu..... 

ooooooo......
sahabat yang amatku cintai
....susah senang kau disampingku...walau kini hilang dimata....namun kau tetap dihatiku...
namun kini... hanyalah tinggal kenangan 
pertemuan kita dilamat perpisahan
 
kemesraan bermekar diakhir perkenalan
 
sayup menitiskan air mataku



**buat  sahabat2 yang ku kasihi......
eratnya ukhwah kita yang bertunjangkan akidah...moga kekal di dunia dan akhirat..insyaAllah..amin 
 



Friday, April 30, 2010

............^_^........

Bismillahirahmanirahim...


Alhamdulillah...sudah sekian lama jari jemari ini tidak menari2 di  laptop ku selain dari menari-nari menyiapkan assignment...=)
rindu rasa ati ini nak meluahkan rasa yang sekian lama terpendam..namun terpaksa ditahan kerana memilih apa yg lebih aula' dalam kehidupan seharianku..
semakin ramai sahabatku dari hari ke hari..walaupun berbeza umur, tempat dan kampus..aku akui hidupku sunyi tanpa sahabat..
satu harapanku di bumi ipoh ini agar ukhwah persahabatan yang bertunjangkan akidah akan terus berkekalan selama-lamanya...amin...
banyak perubahan dalam kehidupan seharianku selama berada di bumi ipoh ini..seiring dengan itu, banyak juga persoalan yg timbul di kotak fikiranku..Alhamdulillah, banyak jawapan yg dah diterima dan baru aku sedar betapa ceteknya ilmu yang aku miliki selama ini..huhuhu...satu pengajaran yang dapat diberi untuk diriku kali ini, timbalah ilmu sebanyak mungkin walaupun sekacil-kecil perkara..dan ilmu yg dapat 2 perlulah di applykan dalam kehidupan seharian..
wallahualam ..setakat nie dulu..ada masa insyaAllah jari jemariku akan menari-nari lagi..=)
ada yg lebih aula' memanggilku..


wassalam...