? ??????????????Kawasaki? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??5 Grabs Today. 4235 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ?????BFF? ????? ?? ???Rating: 4.0 (106 Ratings)??5 Grabs Today. 3547 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Abstract Glory? ????? ?? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, August 26, 2009

keIngiNaN

salam..lama dah x menulis lam blog nie.ada keinginan untuk menulis tp ntah..byk je halangan yg datang(sebenarnya malas+ assigment menimbun+ exam=alasan )..=_=
apa yang nak dikongsi kali ni ye??
erm...Alhamdulillah sekarang kita dah memasuki bulan Ramadhan.bulan penuh kerahmatan dari Allah.moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..dakaplah seerat-eratnya Ramadhan kali ini..mungkin ia merupakan ramadhan terakhir buat kita..Isilah dengan kalimah-kalimah Allah dalam kehidupan seharian..

Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertasbih
Mengadu rindu padaNya
MengasihiNya sepenuh jiwa
dan raga
mencintaiNya sekuat hati
Aku impikan diriku
Yang sentiasa mengalirkan
air mata
Akibat rindunya aku kepada penciptaku
Akibat malunya aku kerana sering
berbuat maksiat
Akibat segannya aku kerana
sering menipu
Kecintaanku kepadaNya
Aku impikan diriku
Yang hatinya sentiasa bergetar
Apabila nama Tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang
Bila disebut azabNya
Tetapi tenang semula
Bila dicerita semula kasih sayangNya
yang Maha Luas
Aku impikan diriku
Yang stiap detik mengingatiNya
Akan nikmatya yang tidak
terhingga
Kerana aku riada apa-apa
Dialah yang Maha Pemberi
Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertawakal padaNya
Yang Maha Mengetahui apa yang
terbaik buatku
Maha suci dari menzalimiku
kerana Dia penciptaku
Yang penuh Kecintaan
kepada makhluknya....

Monday, August 3, 2009

nAsiHat sEhaRian DaLaM HiduP..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.Diriwayatkan sebuah hadis ygbermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jikatidak Allahakan kelukan lidahnya ketika mautmenghampirinya ."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allahakan kelukan lidahnya ketika nazak .Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucapkalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgnizinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepadaAllah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasasakaratul mautmenghampiri kami. Amin.. amin.. aminYarobbala'lamin.."

Sunday, July 19, 2009

RENUNG-RENUNGKAN

Hidup di dunia moden zaman sekarang memang susah walaupun macam2 kemudahan dah tersedia..setuju x? Semua sekarang makin alpa kepadaNya disebabkan kesibukan duniawi.Asyik kejar duit je.Makin byk dapat makin byk yg keluar.sentiasa tak cukup.kenape ek? mungkin sebab x berkat kot. tapi cakap dari sumber yang halal, kerja yg halal..ha! cam ne tu?? Kadang2 pernah tak kita fikir kenapa semua ni terjadi.asyik tak cukup je income yang kita dapat tiap2 bulan...pada pandangan sy yg masih lagi budak2, fenomena yg berlaku sekarang memberikan gambaran sebenar puncanya semua ni terjadi..nak tau ape? kita lalai.masa azan bekumandang di masjid2, surau2 ape yg kita buat?terus pergi solat ke?kalau ye Alhamdulillah..sesetengah tu tengah azan boleh lagi dok bersembang padahal masjid sebelah je ngan gerai dok melepak.Misal kata ada yang cakap 'jap g lah kita g solat.zohor panjang lg ni' .. dan andai kata Allah menarik nyawa org cakap cam tu masa tu gak, sempat tak dia nak solat?sempat tak walaupun dia kata zohor masih panjang?Nauzubillah..jauhkanlah kita semua dari jadi begitu.Erm..itu satu, lalai kepada perintahNya.tiang agama tidak boleh dimain-mainkan..cuba kita buat rumah ataupun bangunan yg sepatutnya ada 8 tiang.tapi kita buat empat je.mau runtuh rumah , ranap bangunan ..
Bukan itu je, kadang2 pekerjaan yg kita buat tu pun punca jugak nape kita asyik x cukup duit..maaf cakap, misalnya andaman, fesyen designer dan sewaktu dengannya. kalau kita make up kan orang, perempuan amnya untuk tatapan khalayak ramai.apa hukumnya?berdosa mempamerkan kecantikan untuk tatapan ramai sedangkan kecantikan seorang wanita hanya dikhususkan untuk tatapan suami sahaja.fesyen pulak, kalau membuat design untuk menutup aurat mendapat pahala.kalau yg terdedah sana, terdedah sini?cuba kita fikirkan, seorang wanita walaupun memakai tudung, tetapi memakai seluar jeans yg ketat, baju sendat dikira tidak menutup aurat kerana mempamirkan susuk tubuh badan.apa lagi jika terbelah sana, terbelah sini.memang sah la berdosa.satu lg cukur bulu kening.mengubah ciptaan Allah.kan berdosa.kadang2 pelik yg buat kerja-kerja nie semua belajar tinggi.mesti kena sekolah rendah, menengah.tak kan la masa kat skolah ustazah2ataupun ustaz2 tak ajar.saya yakin ustaz2, ustazah2 dah ajar sebab sy pun penah sekolah gak.
ini semua pandangan dan pendapat saya.andai kata tulisan saya ini telah menyebabkan anda yg membaca terguris, ampun maaf dipinta.tetapi inilah hakikat yg perlu kita telan walaupun pahit.hidup di dunia memang indah tp tidak kekal kerana yg kekal hanyalah di akhirat kelak.


REHLAH MINDA

DUSTA DALAM BERCINTA

Imam Ghazali rhm berkata:

Barang siapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yg lain, maka dia adalah pendusta. Barang siapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta.Barang siapa mengaku cintakan Nabi Muhamammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barang siapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pendusta.
Barang siapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujianNya , maka dia adalah pendusta.

sudah bersedia ke nak couple??


ANDA TELAH SEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA.....

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dgn 'si dia' demi menjaga maruah agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara..
sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda hanya utk suka2 atau ingin berseronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

Anda telah bersedia utk bercouple jika..
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dalam melakukan perkara2 yg diharamkan oleh agama spt berdua-duan di tempat yg sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan yg membawa kepada muqaddimah zina.
sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika..
Masih sukar utk mengawal nafsu dan tdk punya keyakinan utk menahan diri daripada melakukan perbuatn2 negatif spt berpegangan tgn, menyentuh dan ..dot-dot.

Anda telah bersedia utk bercouple jika..
sudah 'lepas' ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akedemik yg baik dalam pengajian anda,Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yg tetap..
sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika..
Masih kandas ilmu fardhu ain.mengaji al-quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yg masih tercari-cari pekerjaan.

Anda telah bersedia utk bercouple jika..
sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan ramdhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yg sebenar.
sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang2, puasa kadang2..aduhai!

Friday, July 17, 2009

assalamualaikum..salam sejahtera..first time nieh buat blog. frankly speak, i never wonder i can create my own blog! =)
ape2 pun, gnakanlah sebaik2nya kemudahan yg tercipta nie...
welcome 2 my blog~ 4 u 2 c~...